Sabtu, 2 Disember 2017

songkok

Ada sahabat tanya, "kenapa pakai songkok  ?" bila tengok gambar ini dalam FB saya. Saya pun hairan juga, "kenapa ?... pelik ?, tak boleh ?, salah kah ?". Bila saya persoal balik sampai kesitu, disisi manusia mana peliknya dan disisi ALLAH mana salahnya maka yang nertanya terdiam.

Tahukah sahabat sekelian, dihadapan saya ada dua orang sahabat anda. Saya dari Kelantan bersama Ustaz Kashuadi dan berjanji dengan Ustaz Faisal Hamid untuk bertemu dan minum di pasaraya Giant Gombak.

Ustaz Faisal seorang sahabat lama sejak di Karachi, awal 90an semasa sama-sama dialam pengajian disana. Begitu juga Ustaz Kashuadi. Ustaz Kashuadi amat rapat dengan Ustaz Faisal. Selepas di Pakistan kedua sahabat itu menyambung di Jameah Al-Azhar. Ustaz Faisal pernah memegang jawatan Setiausaha Agung PMRAM.

Kami berdua dari Kelantan menziarahi Ustaz Faisal. Beliau, selepas memberi kuliah di UM terus jumpa kami berdua.

Ketika  ini saya ada beberapa helai uban saja !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan