Sabtu, 2 Disember 2017

laksana tanggungjawab

Menziarahi anak diarama. Kerap mennziarahi bererti kerap melaksanakan tanggungjawab.

Kadang-kadang seminggu sekali. Kadang-kadang dua minggu sekali ziarah AHMAD FATHI RABBANI [ AFR ] yang masuk tahun kedua di Madrasah Quran Kubang Bujuk. Beliau mula masuk belajar disini pada 19 Disember 2015.

Minggu ini, sempena bulan kelahiran RasuluLLAH SAW saya menziarahi AFR dan  memberi  tumpuan nasihat supaya AFR banyakan berselawat kepada baginda RasuluLLAH SAW. Apatah lagi kepada pelajar yang sedang menghafaz al-Quran.

Berselawat sehingga mendarah daging. Tentu dengan jumlah yang banyak. Kefahaman yang benar tentang berselawat dengan faham apa yang di baca dan mesti betul bacaannya. Khusyuk bertadabur beriman dan berkasih sayang kepada baginda RasuluLLAH SAW.

Anakku, perlu difahami, berselawatlah dengan bacaan selawat yang diajar oleh RasuluLLAH SAW sendiri. Selawat "Ibrahimiah" adalah bacaan selawat paling afdhal. Ia diajar RasuluLLAH SAW supaya dibaca dalam setiap solat. 

Selawat-selawat lain adalah selawat yang dikarang oleh ulamak hasil dari rasa kecintaan yang tinggi kepada junjungan baginda RasuluLLAH SAW. 

Namun, hakikatnya baginda sendiri telah mengajar bagaimana berselawat kepadanya. Kita ambil selawat yang diajar oleh baginda untuk diamalkan sebagai amalan.

Kesimpulannya, untuk bertaqarrub maka selawat yang diajar oleh baginda lebih afdhal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan