Jumaat, 22 Disember 2017

Darul Ulum Al-Muhammadiah

Darul Ulum Al-Muhammadiah Kampung Kolam, nama sebuah "Sekolah  Agama"  dibawah hak milik  pentadbiran  Yayasan Islam Kelantan.

Tapak asalnya di Pondok Muhammadiah, Pondok Tok Ayah Padang Kolam kini dipindahkan ditempat lain iaitu disebelah tanah milik saya.

Demi untuk menyempurnakan kebajikan dan kebaktian kepada agama dan masyarakat juga demi untuk kemajuan Darul Ulum Al-Muhammadiah saya meWAKAFkan tanah saya dari tanah yang se lot dengan Masjid Uthmani seluas 600 depa untuk dibina tambahan ;  kelas pengajian, asrama, pejabat, kantin asrama dan makmal.

Dengan  tambahan tanah yang diwakafkan ini, sekolah ini  berupaya membuka tingkatan 4 dan 5. Kini pelajarnya seramai 500 orang.

InsyaALLAH, para pelajar Darul.Uulum Al-Muhammadiah  dan orang kampung tempatan  akan mengimarah Masjid Uthmani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan