Isnin, 11 Disember 2017

khabar baik

Hari ini pagi-pagi lagi seorang hamba ALLAH memaklumkan bahawa ada hamba ALLAH datang ditapak pembinaan MASJID UTHMANI dan mengukur keluasan MASJID UTHMANI untuk dibuat bumbung.

"Al-HamduliLLAH", sekiranya sampai masa MASJID UTHMANI teduh sebagaimana target awal tahun 2018 maka ia suatu nikmat yang besar.

Ini membawa erti bahawa pengajian sekolah yang bersebelahan dengan MASJID UTHMANI iaitu SMU Darul Ulum Al-Muhammadiah akan bernafas dan semangat baru.

Yang saya harapkan, imej "sebelah sekolah ada masjid, MASJID UTHMANI". Saling memenafaatkan antara dua institusi ini.

Saya selaku PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI amat bersyukur dan mengalukan usaha hamba ALLAH SWT yang saya tidak kenali ini untuk berkebajikan bagi dirinya, negerinya dan agamanya.

"Aku serahkan urusanku kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan hamba NYA ...Tiada daya dan upaya ku kecuali bagi ALLAH Yang Maha Tinggi dan  Maha Agung...Aku berserah  kepada ALLAH Yang Maha Hidup Yang Tidak Mati selama-lamanya"

8ee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan