Sabtu, 2 Disember 2017

kampung ku memperingati junjungan

Memperingati RasulluLLAH SAW adalah tugas umat baginda. Umat wajib faham kedudukan RasuluLLAH disisi ALLAH SWT dan al-ISLAM.

Bulan ini, Rabi'-ul-awwal sama seperti bulan-bulan ini pada tahun-tahun sebelumnya. Seingat saya, dulunya memperingati kelahiran RasuluLLAH SAW dengan membaca kisah hidup baginda dalam bahasa Arab.

Program kebiasaannya bermula selepas solat isyak. Selesai solat berjamaah dimasjid atau surau ahli jamaah dijemput kerumah yang akan melakukan program "mo' lud", program memperingati kelahiran baginda RasuluLLAH SAW. 

Dari membaca kisah hidup RasuluLLAH SAW diakhiri dengan selepas selesai bacaan itu hadirin lelaki berdiri berselawat secara lantang.

Selesai berselawat hadirin duduk dan seorang "sheikh" yang kebiasaannya "Tok Imam Mukim" memimpin "tahlil arwah" dan diakhiri dengan "doa arwah" dari Tok Iman. Kemuncaknya ada jamuan nasi makan bersama ahli jamaah tadi.

Kini berubah, diganti dengan CERAMAH tentang RasuluLLAH SAW. Kampung saya, Kampung Kolam tidak ketinggalan menganjurkan majlis mengingati kelahiran di Masjid Jamek dengan menjemput sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Adam Said, sahabat yang selalu bersama saya sewaktu menuntut di Makkah 1996 - 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan