Selasa, 19 Disember 2017

malam di MEKAH

Awal 1996 hingga akhir  1999 saya berada di Mekah.  Menetap di Mekah secara "haram" dengan tujuan untuk menuntut ilmu. 

Setelah dapat visa umrah di Consulat Saudi di Karachi bertolak dengan PIA dari Air Port Ali Jinnah, Karachi.

Macamana timbulnya idea nak ke Mekah ?. Macamana urusan di Karachi ?.  Siapa yang dikenali di Mekah ?.

Idea terakhir bersebabkan maklumat dari  seorang pelajar Malaysia, Zubair yang menuntut ilmu di Mekah datang ke Karachi untuk hafaz al-Quran.

Idea awal, 1988 adalah atas keberkatan "insyaALLAH" - "keberkatan" ALLAH bila suatu ketika saya ditanya oleh Ayah Pha Mahligai ( Mahligai adalah nama kampung yang bersempadan dengan Pekan Melor dekat dengan kampung saya, Kampung Kolam ) yang datang ziarah cucunya Syukri yang belajar di Karachi bertanya saya, "selepas belajar di Pakistan ni nak belajar dimana pula ? ". "Mekah, insyaALLAH, Ayah Pha doakan", jawab saya. Ayah Pha pun kata, "insyaALLAH".

Perbualan ini berlangsung di rumah MISG Karachi, rumah pelajar Malaysia di FB Area, Dastagir. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan