Sabtu, 2 Disember 2017

rindukan kaabah

Rindukan ka'abah. Mana mungkin tidak rindukan ka'abah. Bagi orang beriman telah di WAJIBkan mengunjungi ka'abah walau sekali seumur hidup mereka atas nama "menunaikan fardhu haji" sebagai salah satu rukun ISLAM pada  setiap individu muslim.

Apatah bagi orang yang tinggal di Makkah atau pernah tinggal di Makkah. Hati telah merasa sesuatu keasyikan, kemanisan dan keenakan yang tak dapat dikatakan dengan perkataan apa yang dirasa ketika menatap ka'abah secara langsung dari jarak terdekat.

Bukan sahaja melihat  malah pernah berada di kaki ka'abah pada waktu petang selepas solat asar dan pernah berada  didalam ka'abah dibawah pancuran emas dalam Hijr Ismail. 

Tawaf tentu sekali kerana amalan yang paling disukai ialah tawaf sunat. Semua itu disyukuri dengan ucapan "al-HamduliLLAH" .. "Segala Puji-pujian kepada ALLAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan